Wednesday 19 October 2011

Persaingan

1. Hidupan di suatu habitat bergantung antara satu sama lain untuk mendapat keperluan mereka seperti makanan dan tempat perlindungan. Ini disebut sebagai interaksi.

2. Salah satu interaksi yang terdapat dalam sesuatu habitat ialah interaksi antara haiwan:



3. Terdapat pelbagai bentuk interaksi, misalnya persaingan dan kerjasama.

4. Kerjasama isalah suatu bentuk interaksi yang berlaku dalam kalangan haiwan. Dalam interaksi ini, sekumpulan haiwan akan bekerjasama untuk mencari makan atau mempertahankan diri mereka daripada musuh.

5. Persaingan ialah suatu bentuk interaksi yang berlaku dalam kalangan haiwan dan tumbuhan. Dalam interaksi ini, dua atau lebih hidupan bersaing untuk mendapatkan keperluan yang sama.

6. Persaingan akan menjadi hebat apabila:
  • bilangan hidupan bertambah
  • sumber hidup adalah terhad
7. Sebagai contoh, jika terlalu banyak tikus diletakkan di dalam sangkar yang kecil dan diberi makanan yang sedikit, tikus-tikus akan bergaduh dan berbunuhan untuk merebut makanan dan ruang yang terhad.


8. Dalam persaingan, hidupan akan menang berupaya untuk terus hidup. Hidupan yang kalah mungkin mengalami pertumbuhan yang terbantut , mati atau tersingkir daripada habitatnya.



No comments:

Post a Comment