Tuesday, 18 October 2011

Haiwan yang Hidup Berkumpulan

1. Kebanyakan haiwan hidup berkumpulan.

2. Sesetengahnya hidup dalam kumpulan yang kecil. Contohnya; kerbau, kuda belang, babun, serigala, singa, rusa dan sebagainya.







3. Sesetengahnya seperti semut, anai-anai dan lebah hidup dalam koloni (kumpulan) yang besar.




4. Satu koloni semut mungkin terdiri daripada beberapa ribu hingga beberapa ratus ribu semut.

5. Haiwan-haiwan ini hidup berkumpulan atas alasan tertentu seperti:
  • untuk keselamatan - dengan hidup berkumpulan, haiwan ini dapat melindungi sesama sendiri apabila diserang musuh
  • untuk mencari makanan - mereka boleh bekerjasama untuk mencari makanan
6. Kita dapat melihat satu kerjasama yang erat dalam koloni semut, dimana terdapat pembahagian tugas antara semut-semut.

7. Ada semut yang bertanggungjawab hanya untuk mempertahankan koloni dan menyerang koloni lain. Semut  ini dikenali sebagai tentera.

8. Ada semut yang bertanggungjawab untuk mengumplukan makanan dan memberi makan ahli koloni lain, mempertahankan koloni serta membina sarang. Semut ini dikenali sebagai pekerja


*kerjasama antara semut-semut kecil membolehkan mereka membina sarang yang besar*
9. Dalam koloni yang besar itu, terdapat seekor semut yang dipanggil permaisuri yang menghabiskan hayatnya dengan bertelur.




No comments:

Post a Comment