Saturday 29 October 2011

Keperluan Asas Haiwan

1. Haiwan juga memerlukan keperluan asas.
2. Seperti manusia, keperluan asas haiwan adalah:
  • makanan
  • air
  • udara
  • tempat perlindungan

Makanan

1. Haiwan memerlukan makanan untuk hidup.
2. Haiwan memerlukan tenaga untuk:

  • memperoleh tenaga
  • membesar
  • terus sihat
3. Sekiranya haiwan tidak mendapat makanan yang mencukupi, haiwan akan menjadi kurus, lemah dan tidak dapat membesar dengan sempurna.
4. Haiwan akan mati sekiranya tidak mendapat makanan untuk sesuatu tempoh tertentu.

Air

1. Haiwan memerlukan air untuk terus hidup.
2. Haiwan memerlukan air untuk:
  • mengekalkan suhu badan
  • mengangkut zat makanan ke seluruh badan
  • mengangkut bahan buangan keluar daripada badan
3. Haiwan akan mati sekiranya tidak mendapat air untuk suatu tempoh tertentu.



Udara

1. Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
2. Haiwan akan mati sekiranya tidak mendapat udara.
3. Haiwan peliharaan seperti hamster, burung, anak ayam atau arnab perlu dipelihara dalam sangkar.
4. Sangkar membolehkan udara keluar masuk untuk pernafasan haiwan tersebut.
5. Sekiranya haiwan dipelihara di dalam bekas kedap udara, haiwan itu akan mati kerana udara tidak dapat masuk ke dalam bekas tersebut.


Tempat Perlindungan

1. Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi mereka daripada:
  • bahaya
  • sinaran Matahari
  • hujan
2. Haiwan berlainan mempunyai tempat perlindungan yang berlainan. Berikut adalah beberapa contoh tempat perlindungan bagi haiwan:
  • lubang


  • gua


  • sarang




No comments:

Post a Comment