Sunday 16 October 2011

Haiwan yang Bertelur Banyak

1. Sesetengah haiwan yang tidak menjaga telur-telur dan anak-anaknya. Haiwan-haiwan ini memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara bertelur dengan banyak. 

2. Bilangan telur yang banyak ini akan memastikan sebahagian telur atau anaknya masih berpeluang untuk hidup.

3. Sebagai contoh, penyu bertelur dengan banyak, lebih kurang 100 biji pada satu masa. Penyu tidak menjaga telur-telurnya. Ini menyebabkan kebanyakan telurnya dimakan oleh haiwan lain atau diambil oleh manusia sebelum sempat menetas. Sebahagian anak penyu yang baru menetas juga menjadi makanan kepada haiwan lain. Akhirnya, hanya beberapa anak penyu yang berjaya hidup dan membesar menjadi dewasa.

4. Contoh-contoh haiwan yang bertelur banyak adalah seperti:
  • Penyu bertelur dengan banyak. Penyu menyembunyikan telur-telurnya dengan menimbus ke dalam pasir di tepi pantai. Telur penyu dilindungi oleh cangkerang yang lembut.
  • Katak bertelur dengan banyak di dalam air. Telur-telur katak diselaputi lendir yang berbau busuk. Ini bagi mengelakkan telur-telurnya daripada dimakan oleh haiwan.

  • Ikan bertelur dengan banyak di celah-celah daun di dalam air untuk menyembunyikan telur-telurnya. Sesetengah ikan meletakkan anak-anaknya di dalam mulut.
  • Siput bertelur dengan banyak di celah-celah batu. Ini dapat melindungi telur-telurnya daripada musuh.
  • Rama-rama bertelur dengan banyak di bawah permukaan daun. Ini dapat melindungi telur-telurnya daripada musuh.
  • Belalang betina bertelur dengan banyak di dalam tanah. Ini dapat melindungi telur-telurnya daripada musuh.













7 comments:

  1. bukan ke telur katak diselaputi lendir kerana berudu akan menjadikan ianya sebagai bekalan makanan mereka ? anyway, thnkz kiuw for the knowledge :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. saya mohon halal ambil gambar utk anak siapkan homework

    ReplyDelete
  4. Thank you so much atas ilmu

    ReplyDelete