Sunday 16 October 2011

Haiwan yang Menjaga Telur-telur dan Anaknya

1. Haiwan yang menjaga telur-telurnya adalah seperti berikut:

  •  Burung bertelur di dalam sarang yang dibuat di atas pokok. Telur burung dilindungi cangkerang yang keras. Burung mengeramkan telur-telurnya sehingga menetas. Anak-anak burung yang baru menetas dilindungi dan diberi makan sehingga boleh berdikari. 

  • Ayam juga bertelur di dalam sarang. Ibu ayam menjaga dan mengeram telur-telurnya sehingga menetas. Ibu ayam akan menjaga anak-anaknya yang baru menetas, dan menyerang musuh yang cuba mengganggu telur-telurnya dan anaknya.
  • Buaya betina menimbus telur-telurnya di dalam pasir di tepi sungai. Buaya sentiasa menjaga telur-telurnya daripada ancaman musuh. Apabila telur-telur menetas, buaya membawa anak-anaknya di dalam mulut ke tempat yang lebih selamat.
  • Ular betina menjaga telur-telurnya dengan melingkari sekeliling telur. Ular tidak mengeram telur-telurnya. Telur-telur ular dilindungi oleh cangkerang yang keras. Ular meninggalkan anak-anaknya yang baru menetas.
  • Kala jengking betina mambawa telurnya dan anak yang baru menetas di atas badannya selama beberapa hari.
  • Labah-labah menyimpan telur-telurnya di dalam uncang di bawah badannya. Uncang ini sentiasa dibawa oleh labah-labah bagi memastikan telur-telurnya selamat.

2. Mamalia adalah haiwan yang melahirkan anak. Anak-anaknya menyerupai induknya (ibu bapa). Anak-anaknya dilindungi dan diberi makan sehingga mereka cukup kuat dan boleh berdikari.

3. Berikut menunjukkan beberapa contoh cara mamalia menjaga atau melindungi anaknya:

  • Kucing menjaga dan menyusukan anak-anaknya. Kucing akan menggonggong tengkuk anaknya ke tempat yang lebih selamat sekiranya diganggu.
  • Kanggaru membawa anaknya di dalam kantung pada badannya sehingga anaknya cukup dewasa untuk berdikari. Anaknya sentiasa dibawa bersama ke mana-mana sahaja ibunya pergi.
  • Anak ikan paus pula sentiasa berenang di sisi paus jantan dan paus betina untuk mengelak daripada diserang musuh.
  • Gajah, kuda belang dan zirafah hidup secara berkumpulan. Haiwan dewasa akan bersama-sama melindungi anak yang masih kecil.






10 comments:

  1. tolong buat bannyak sikit gambar saya nak yang menjaga telur ok tak

    ReplyDelete
  2. TOLONG BANYAK HAIWAN YANG MENJAGA ANAKNYER...JER...PLEASE..HUHU

    ReplyDelete
  3. trima kasih atas info sangat membantu

    ReplyDelete
  4. sy try cari haiwan selain kanggaru yg ada kantung

    ReplyDelete
  5. Terima kasih info di atas sangat berguna untuk pelajaran

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH ATAS INFO ITU SANGAT BERGUNA UNTUK PELAJARAN.....

    ReplyDelete
  7. haiwan apa yang tidak mengeram telur dan menetas

    ReplyDelete
  8. saya nk tanya...di buku sya dsuruh nyatakn haiwan yang sama kemandirian spesies nya dengan ayam...tapi dbuku ada kura kura,burung,nyamuk,penguin... jadi dsuruh cari dua yang mana haiwan nya...seseorang boleh tolong 😊

    ReplyDelete
  9. Di buku saya suruh
    Nyatakan dua haiwan yg tidak mnjaga telur atau ank nya
    Someone help me........

    ReplyDelete
  10. what animal geramkan telur dia argh help.

    ReplyDelete