Thursday 20 October 2011

Persaingan antara Haiwan

1. Terdapat dua jenis persaingan yang berlaku di kalangan haiwan:
a) persaingan yang berlaku antara hidupan dari spesies yang sama

b) persaingan yang berlaku antara hidupan dari spesies yang berlainan
2. Haiwan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan:
  • makanan
  • air
  • pasangan 
  • tempat perlindungan
  • kawasan / ruang
3. Persaingan untuk mendapatkan makanan
  • Haiwan yang tinggal di kawasan yang sama dan makan makanan yang sama akan bersaing untuk mendapatkan makanan.
  • Sebagai contoh, haiwan karnivor seperti singa, serigala dan harimau yang hidup di kawasan yang sama akan bersaing antara satu sama lain untuk memburu haiwan lain sebagai makanan. 
4. Persaingan untuk mendapatkan air
  • Persaingan berlaku di kawasan yang kekurangan air (seperti di gurun) atau semasa musim kemarau.
kemarau

gurun
  • Sebagai contoh, haiwan yang tinggal di sekitar kolam yang hampir kering akan bersaing untuk mendapatkan air.

5. Persaingan untuk mendapatkan pasangan
  • Semasa musim mengawan, haiwan-haiwan jantan dewasa akan bersaing untuk merebut haiwan betina sebagai pasangan.
  • Contohnya, dua ekor rusa jantan akan berlawan untuk merebut rusa betina sebagai pasangannya.

6. Persaingan untuk mendapatkan tempat perlindungan
  • Tempat perlindungan amat penting untuk haiwan bagi melindunginya daripada hujan, matahari dan bahaya.
  • Contohnya, haiwan seperti beruang bersaing sesama sendiri untuk menguasai gua sebagai tempat perlindungannya. Beruang yang kalah perlu mencari gua lain sebagai tempat perlindungan.

7. Persaingan untuk mendapatkan kawasan / ruang
  • Haiwan juga memerlukan ruang tertentu untuk hidup, mencari makanan dan membiak.
  • Haiwan akan bersaing sesama sendiri sekiranya ruang terhad. Haiwan yang kuat akan menguasai ruang tersebut dan mempertahankannya daripada dicerobohi. 
  • Ruang yang dipertahankan haiwan dipanggil wilayah.
  • Persaingan berlaku antara haiwan yang mencari wilayah baru atau mempertahankan wilayahnya sendiri.
  • Haiwan-haiwan ini biasanya menanda wilayah mereka dengan cara tertentu untuk menjauhkan ahli lain dalam spesies yang sama.
  • Contohnya, haiwan mamalia seperti anjing akan kencing di tempat tertentu seperti di pili bomba atau di batu atau di mana-mana sahaja.








       

No comments:

Post a Comment