Monday 28 November 2011

Perlindungan Haiwan daripada Cuaca Melampau

1. Haiwan hidup dalam pelbagai habitat.
2. Sesetengah habitat mempunyai cuaca yang melampau seperti terlalu panas atau terlalu sejuk.
3. Haiwan yang hidup dalam habitat ini mempunyai ciri-ciri dan perlakuan khas yang melindungi mereka daripada cuaca yang melampau.

Haiwan dalam Cuaca Terlalu Sejuk
1. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu sejuk adalah seperti beruang kutub, penguin, anjing laut, musang artik dan ikan paus.
2. Beruang kutub dan musang artik mempunyai bulu tebal di badannya.
3. Bulu yang tebal bertindak seperti selimut bagi menghangatkan badan mereka.



4. Penguin, walrus, ikan paus dan beruang kutub mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit mereka.
5. Lapisan lemak yang tebal ini menghalang kehilangan haba daripada badan mereka. 




6. Kebanyakan haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu sejuk mempunyai telinga yang kecil yang menghalang kehilangan haba.


7. Sebelum ketibaan musim sejuk, sesetengah haiwan seperti burung layang-layang, itik liar dan egret berhijrah ke kawasan yang lebih panas. 
8. Tabiat ini dapat mengelakkan diri mereka daripada cuaca yang terlalu sejuk di kawasan asal mereka.
9. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga menyebabkan haiwan ini berhijrah.
10. Dengan berhijrah, mereka tidak akan mati kelaparan atau kesejukan.




Hidup dalam Cuaca yang Terlalu Panas

1. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu panas adalah seperti unta, musang gurun, badak sumbu, biawak komodo dan tikus.
2. Unta mempunyai bonggol di belakang badannya bagi menyimpan makanan dan air.
3. Unta juga boleh minum banyak air pada satu masa.
4. Unta juga mempunyai bulu untuk melindungi badannya daripada bahang matahari pada waktu siang.


5. Musang gurun mempunyai telinga yang panjang.
6. Ciri ini membolehkan haba terbebas daripada badan dengan mudah. 


7. Kebanyakan haiwan gurun menyorok di tempat teduh atau di dalam lubang bawah tanah pada waktu siang untuk berlindung daripada cuaca yang panas terik. 
8. Haiwan ini akan keluar mencari makanan pada waktu malam.


9. Ketika hari panas, badak sumbu berkubang dalam lumpur untuk menyejukkan badan.


Thursday 24 November 2011

Perlindungan Haiwan daripada Bahaya

1. Haiwan perlu dilindungi daripada bahaya seperti dimakan haiwan lain atau diserang oleh musuh.
2. Haiwan mempunyai ciri-ciri dan perlakuan khas untuk melindungi diri daripada bahaya.

Ciri-ciri Khas yang Melindungi Haiwan daripada Bahaya

1. Haiwan yang berbeza mempunyai ciri-ciri khas yang berbeza untuk perlindungan daripada haiwan lain.
2. Ciri-ciri khas haiwan untuk perlindungan daripada musuh ditunjukkan di bawah.

  • sisik keras - Badan sesetengah haiwan diliputi oleh sisik keras. Sisik ini melindungi haiwan daripada dicederakan ketika diserang musuh. Contoh: tenggiling, buaya


  • cangkerang - Sesetengah haiwan mempunyai cangkerang yang keras. Cangkerang ini melindungi haiwan daripada dicederakan ketika diserang musuh. Contoh: kura-kura, siput, kerang, kepah




  • kulit tebal dan keras - Sesetengah haiwan mempunyai kulit yang tebal dan keras. Apabila diserang musuh, mereka sukar dicederakan. Contoh: gajah, badak sumbu



  • duri tajam - Landak mempunyai duri tajam pada badannya. Apabila diserang, landak menegakkan durinya untuk menakutkan musuh. Contoh: landak

  •  kuku tajam - Sesetengah haiwan mempunyai kuku yang tajam. Haiwan ini menggunakan kuku untuk mencakar atau mencederakan musuhnya. Contoh: kucing, harimau, singa, helang




  • sengat atau taring berbisa - Sesetengah haiwan mempunyai sengat atau taring yang mengeluarkan bisa. Bisa ini boleh menyebabkan kesakitan dan kematian kepada musuhnya. Contoh: kala jengking, lebah, labah-labah, lipan, ular tedung






  • kaki yang kurus, panjang dan berotot - Kaki sesetengah haiwan adalah kurus, panjang dan berotot. Ciri-ciri ini membolehkan mereka berlari pantas apabila diburu oleh musuhnya. Contoh: rusa, kuda belang, kuda



  • mata palsu - Kupu-kupu mempunyai dua tompok besar pada kepaknya yang kelihatan seperti mata. Tompok ini boleh menakutkan musuhnya. Contoh: kupu-kupu

  • tanduk tajam - Sesetengah haiwan jantan mempunyai tanduk tajam di kepala. Haiwan ini menggunakan tanduk untuk menyerang atau mencederakan musuhnya. Contoh: rusa, kerbau, kambing, badak sumbu





Perlakuan Khas yang Melindungi Haiwan daripada Musuh

1. Sesetengah haiwan mempunyai perlakuan khas untuk perlindungan daripada bahaya.
2. Perlakuan khas haiwan untuk perlindungan daripada bahaya adalah seperti berikut:

  • mengeluarkan bau busuk - Sesetengah haiwan mengeluarkan bau busuk apabila diserang musuh. Bau busuk ini menjauhkan musuh daripada mereka. Contoh: skunk, pepijat, lipas



  • memancutkan dakwat hitam - Sotong memancutkan dakwat hitam apabila diserang musuh. Dakwat hitam itu menggelapkan air di sekeliling mereka. Ini membolehkan mereka menyelamatkan diri daripada musuh.

  • menggulungkan badan - Sesetengah haiwan menggulungkan badan untuk melindungi diri daripada musuh. Badan yang bergulung sukar untuk dibuka atau dimakan oleh musuh. Contoh: ulat gonggok, tenggiling


  • berpura-pura mati - Kumbang berpura-pura mati apabila diganggu atau diserang musuh. Ini mengelirukan dan menyebabkan musuh meninggalkannya.

  • bersembunyi - Sesetangah haiwan mencari tempat yang selamat untuk bersembunyi apabila diburu oleh musuhnya. Contohnya, lubang adalah tempat persembunyian yang sesuai bagi arnab. Contoh: arnab, tikus


  • memutuskan ekor - Cicak memutuskan ekor apabila diserang oleh musuh. Musuhnya akan keliru dan menangkap ekornya. Ini membolehkan mereka melarikan diri daripada musuh. 
  • megubah warna kulit - Sesumpah mempunyai kebolehan mengubah warna kulit untuk menyerupai keadaan sekeliling. Ciri ini menjadikan sesumpah sukar dilihat oleh musuh.

  • hidup secara berkumpulan - Sesetengah haiwan hidup dalam kumpulan. Ini membolehkan mereka dilindungi sesama sendiri apabila diserang musuh. Contoh: gajah, monyet, lembu jantan, kerbau