1. Sesetengah haiwan mempunyai perlakuan khas untuk perlindungan daripada bahaya.
2. Perlakuan khas haiwan untuk perlindungan daripada bahaya adalah seperti berikut:
- mengeluarkan bau busuk - Sesetengah haiwan mengeluarkan bau busuk apabila diserang musuh. Bau busuk ini menjauhkan musuh daripada mereka. Contoh: skunk, pepijat, lipas
- memancutkan dakwat hitam - Sotong memancutkan dakwat hitam apabila diserang musuh. Dakwat hitam itu menggelapkan air di sekeliling mereka. Ini membolehkan mereka menyelamatkan diri daripada musuh.
- menggulungkan badan - Sesetengah haiwan menggulungkan badan untuk melindungi diri daripada musuh. Badan yang bergulung sukar untuk dibuka atau dimakan oleh musuh. Contoh: ulat gonggok, tenggiling
- berpura-pura mati - Kumbang berpura-pura mati apabila diganggu atau diserang musuh. Ini mengelirukan dan menyebabkan musuh meninggalkannya.
- bersembunyi - Sesetangah haiwan mencari tempat yang selamat untuk bersembunyi apabila diburu oleh musuhnya. Contohnya, lubang adalah tempat persembunyian yang sesuai bagi arnab. Contoh: arnab, tikus
- memutuskan ekor - Cicak memutuskan ekor apabila diserang oleh musuh. Musuhnya akan keliru dan menangkap ekornya. Ini membolehkan mereka melarikan diri daripada musuh.
- megubah warna kulit - Sesumpah mempunyai kebolehan mengubah warna kulit untuk menyerupai keadaan sekeliling. Ciri ini menjadikan sesumpah sukar dilihat oleh musuh.
- hidup secara berkumpulan - Sesetengah haiwan hidup dalam kumpulan. Ini membolehkan mereka dilindungi sesama sendiri apabila diserang musuh. Contoh: gajah, monyet, lembu jantan, kerbau
No comments:
Post a Comment