Monday 28 November 2011

Perlindungan Haiwan daripada Cuaca Melampau

1. Haiwan hidup dalam pelbagai habitat.
2. Sesetengah habitat mempunyai cuaca yang melampau seperti terlalu panas atau terlalu sejuk.
3. Haiwan yang hidup dalam habitat ini mempunyai ciri-ciri dan perlakuan khas yang melindungi mereka daripada cuaca yang melampau.

Haiwan dalam Cuaca Terlalu Sejuk
1. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu sejuk adalah seperti beruang kutub, penguin, anjing laut, musang artik dan ikan paus.
2. Beruang kutub dan musang artik mempunyai bulu tebal di badannya.
3. Bulu yang tebal bertindak seperti selimut bagi menghangatkan badan mereka.



4. Penguin, walrus, ikan paus dan beruang kutub mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit mereka.
5. Lapisan lemak yang tebal ini menghalang kehilangan haba daripada badan mereka. 




6. Kebanyakan haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu sejuk mempunyai telinga yang kecil yang menghalang kehilangan haba.


7. Sebelum ketibaan musim sejuk, sesetengah haiwan seperti burung layang-layang, itik liar dan egret berhijrah ke kawasan yang lebih panas. 
8. Tabiat ini dapat mengelakkan diri mereka daripada cuaca yang terlalu sejuk di kawasan asal mereka.
9. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga menyebabkan haiwan ini berhijrah.
10. Dengan berhijrah, mereka tidak akan mati kelaparan atau kesejukan.




Hidup dalam Cuaca yang Terlalu Panas

1. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu panas adalah seperti unta, musang gurun, badak sumbu, biawak komodo dan tikus.
2. Unta mempunyai bonggol di belakang badannya bagi menyimpan makanan dan air.
3. Unta juga boleh minum banyak air pada satu masa.
4. Unta juga mempunyai bulu untuk melindungi badannya daripada bahang matahari pada waktu siang.


5. Musang gurun mempunyai telinga yang panjang.
6. Ciri ini membolehkan haba terbebas daripada badan dengan mudah. 


7. Kebanyakan haiwan gurun menyorok di tempat teduh atau di dalam lubang bawah tanah pada waktu siang untuk berlindung daripada cuaca yang panas terik. 
8. Haiwan ini akan keluar mencari makanan pada waktu malam.


9. Ketika hari panas, badak sumbu berkubang dalam lumpur untuk menyejukkan badan.


3 comments: