Saturday 29 October 2011

Keperluan Asas Haiwan

1. Haiwan juga memerlukan keperluan asas.
2. Seperti manusia, keperluan asas haiwan adalah:
  • makanan
  • air
  • udara
  • tempat perlindungan

Makanan

1. Haiwan memerlukan makanan untuk hidup.
2. Haiwan memerlukan tenaga untuk:

  • memperoleh tenaga
  • membesar
  • terus sihat
3. Sekiranya haiwan tidak mendapat makanan yang mencukupi, haiwan akan menjadi kurus, lemah dan tidak dapat membesar dengan sempurna.
4. Haiwan akan mati sekiranya tidak mendapat makanan untuk sesuatu tempoh tertentu.

Air

1. Haiwan memerlukan air untuk terus hidup.
2. Haiwan memerlukan air untuk:
  • mengekalkan suhu badan
  • mengangkut zat makanan ke seluruh badan
  • mengangkut bahan buangan keluar daripada badan
3. Haiwan akan mati sekiranya tidak mendapat air untuk suatu tempoh tertentu.



Udara

1. Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
2. Haiwan akan mati sekiranya tidak mendapat udara.
3. Haiwan peliharaan seperti hamster, burung, anak ayam atau arnab perlu dipelihara dalam sangkar.
4. Sangkar membolehkan udara keluar masuk untuk pernafasan haiwan tersebut.
5. Sekiranya haiwan dipelihara di dalam bekas kedap udara, haiwan itu akan mati kerana udara tidak dapat masuk ke dalam bekas tersebut.


Ciri-ciri Istimewa Sebahagian Mamalia

1. Kelawar 
  • mempunyai sayap dan terbang seperti burung


2. Paus dan Ikan Lumba-lumba 
  • tinggal di dalam air seperti ikan



3. Tenggiling 
  • bertelur
  • mempunyai sisik kering pada badan mereka seperti reptilia

4. Platypus
  • bertelur
  • mempunyai paruh seperti itik

5. Landak 
  • mempunyai duri pada badan mereka untuk perlindungan

6. Kanggaru dan Beruang Koala
  • membesarkan anak dalam kantung pada badan 






Tuesday 25 October 2011

Perlindungan bagi Spesies yang Hampir Pupus

1. Kepupusan spesies

  • Suatu spesies dikatakan telah pupus apabila spesies tersebut tidak wujud lagi di dunia ini.
  • Berikut ialah contoh haiwan yang telah pupus.
dinosaur: 





dodo: 

quagga:


mammoth berbulu:

serigala tasmania:

smilodon:
  • Dinosaur pupus disebabkan perubahan iklim atau cuaca Bumi 70 juta tahun dahulu.
  • Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang yang hidup di kepulauan Mauritius. Punca utama kepupusannya adalah kemusnahan hutan yang memutuskan bekalan makanan Dodo.
  • Quagga dan serigala Tasmania serta smilodon adalah contoh haiwan yang telah pupus akibat aktiviti manusia seperti pemburuan secara berleluasa.
  • Mammoth berbulu adalah sejenis gajah. Haiwan ini diburu pada zaman batu.




Thursday 20 October 2011

The Animal Sounds Song




Hope you enjoy yourself watching this video... 


Persaingan antara Haiwan

1. Terdapat dua jenis persaingan yang berlaku di kalangan haiwan:
a) persaingan yang berlaku antara hidupan dari spesies yang sama

b) persaingan yang berlaku antara hidupan dari spesies yang berlainan
2. Haiwan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan:
  • makanan
  • air
  • pasangan 
  • tempat perlindungan
  • kawasan / ruang
3. Persaingan untuk mendapatkan makanan
  • Haiwan yang tinggal di kawasan yang sama dan makan makanan yang sama akan bersaing untuk mendapatkan makanan.
  • Sebagai contoh, haiwan karnivor seperti singa, serigala dan harimau yang hidup di kawasan yang sama akan bersaing antara satu sama lain untuk memburu haiwan lain sebagai makanan. 
4. Persaingan untuk mendapatkan air
  • Persaingan berlaku di kawasan yang kekurangan air (seperti di gurun) atau semasa musim kemarau.
kemarau

gurun
  • Sebagai contoh, haiwan yang tinggal di sekitar kolam yang hampir kering akan bersaing untuk mendapatkan air.

5. Persaingan untuk mendapatkan pasangan
  • Semasa musim mengawan, haiwan-haiwan jantan dewasa akan bersaing untuk merebut haiwan betina sebagai pasangan.
  • Contohnya, dua ekor rusa jantan akan berlawan untuk merebut rusa betina sebagai pasangannya.

6. Persaingan untuk mendapatkan tempat perlindungan
  • Tempat perlindungan amat penting untuk haiwan bagi melindunginya daripada hujan, matahari dan bahaya.
  • Contohnya, haiwan seperti beruang bersaing sesama sendiri untuk menguasai gua sebagai tempat perlindungannya. Beruang yang kalah perlu mencari gua lain sebagai tempat perlindungan.

7. Persaingan untuk mendapatkan kawasan / ruang
  • Haiwan juga memerlukan ruang tertentu untuk hidup, mencari makanan dan membiak.
  • Haiwan akan bersaing sesama sendiri sekiranya ruang terhad. Haiwan yang kuat akan menguasai ruang tersebut dan mempertahankannya daripada dicerobohi. 
  • Ruang yang dipertahankan haiwan dipanggil wilayah.
  • Persaingan berlaku antara haiwan yang mencari wilayah baru atau mempertahankan wilayahnya sendiri.
  • Haiwan-haiwan ini biasanya menanda wilayah mereka dengan cara tertentu untuk menjauhkan ahli lain dalam spesies yang sama.
  • Contohnya, haiwan mamalia seperti anjing akan kencing di tempat tertentu seperti di pili bomba atau di batu atau di mana-mana sahaja.








       

Incy Wincy Spider





Wednesday 19 October 2011

Persaingan

1. Hidupan di suatu habitat bergantung antara satu sama lain untuk mendapat keperluan mereka seperti makanan dan tempat perlindungan. Ini disebut sebagai interaksi.

2. Salah satu interaksi yang terdapat dalam sesuatu habitat ialah interaksi antara haiwan:



3. Terdapat pelbagai bentuk interaksi, misalnya persaingan dan kerjasama.

4. Kerjasama isalah suatu bentuk interaksi yang berlaku dalam kalangan haiwan. Dalam interaksi ini, sekumpulan haiwan akan bekerjasama untuk mencari makan atau mempertahankan diri mereka daripada musuh.

5. Persaingan ialah suatu bentuk interaksi yang berlaku dalam kalangan haiwan dan tumbuhan. Dalam interaksi ini, dua atau lebih hidupan bersaing untuk mendapatkan keperluan yang sama.

6. Persaingan akan menjadi hebat apabila:
  • bilangan hidupan bertambah
  • sumber hidup adalah terhad
7. Sebagai contoh, jika terlalu banyak tikus diletakkan di dalam sangkar yang kecil dan diberi makanan yang sedikit, tikus-tikus akan bergaduh dan berbunuhan untuk merebut makanan dan ruang yang terhad.


8. Dalam persaingan, hidupan akan menang berupaya untuk terus hidup. Hidupan yang kalah mungkin mengalami pertumbuhan yang terbantut , mati atau tersingkir daripada habitatnya.



Tuesday 18 October 2011

Haiwan yang Hidup Bersendirian

1. Walaupun kebanyakan haiwan hidup berkumpulan, ada spesies yang hidup bersendirian.

2. Contohnya: panda, cheetah, helang, beruang dan sesetengah burung.





3. Haiwan-haiwan ini hanya mencari pasangannya pada musim mengawan.

4. Haiwan-haiwan ini hidup bersendirian untuk mengelakkan pesaingan bagi mendapatkan makanan dan ruang.

5. Mereka memerlukan ruang untuk hidup, mencari makanan dan membiak




Haiwan yang Hidup Berkumpulan

1. Kebanyakan haiwan hidup berkumpulan.

2. Sesetengahnya hidup dalam kumpulan yang kecil. Contohnya; kerbau, kuda belang, babun, serigala, singa, rusa dan sebagainya.







3. Sesetengahnya seperti semut, anai-anai dan lebah hidup dalam koloni (kumpulan) yang besar.




4. Satu koloni semut mungkin terdiri daripada beberapa ribu hingga beberapa ratus ribu semut.

5. Haiwan-haiwan ini hidup berkumpulan atas alasan tertentu seperti:
  • untuk keselamatan - dengan hidup berkumpulan, haiwan ini dapat melindungi sesama sendiri apabila diserang musuh
  • untuk mencari makanan - mereka boleh bekerjasama untuk mencari makanan
6. Kita dapat melihat satu kerjasama yang erat dalam koloni semut, dimana terdapat pembahagian tugas antara semut-semut.

7. Ada semut yang bertanggungjawab hanya untuk mempertahankan koloni dan menyerang koloni lain. Semut  ini dikenali sebagai tentera.

8. Ada semut yang bertanggungjawab untuk mengumplukan makanan dan memberi makan ahli koloni lain, mempertahankan koloni serta membina sarang. Semut ini dikenali sebagai pekerja


*kerjasama antara semut-semut kecil membolehkan mereka membina sarang yang besar*
9. Dalam koloni yang besar itu, terdapat seekor semut yang dipanggil permaisuri yang menghabiskan hayatnya dengan bertelur.